Sunday, February 21, 2010

Kursus Kepimpinan Pengawas Sekolah,PRS dan PSS sesi 2010

HARI : Sabtu
TARIKH : 20.2.2010
MASA : 7.30 pagi hingga 5.00 petang

Satu kursus kepimpinan pengawas sekolah,PRS dan PSS telah diadakan pada tarikh diatas bertempat di Dewan Puspa Budi,Pusat Sumber Puspa Ilmu dan Makmal Bahasa.Seramai 75 orang pengawas pusat sumber yang mengikuti kursus kepimpinan ini.

Selepas makan tengah hari dan solat zuhur,para pengawas pusat sumber berkumpul di Pusat Sumber Puspa Ilmu.Penceramah yang dijemput iaitu En.Mohd Zailan Endin,pustakawan dari Perpustakaan Universiti Malaya memberi ceramah kepada para peserta.

Antara maklumat yang dikongsi daripada En.Mohd Zailan antaranya menerangkan tugas-tugas sebagai seorang pengawas PSS,pengenalan mengenai pusat sumber sekolah,definisi PSS,matlamat PSS,fungsi PSS,konsep PSS,struktur pentadbiran antara pusat sumber sekolah dengan perpustakaan,jenis-jenis perpustakaan,bahagian-bahagian di dalam perpustakaan,terminilogi jawatan,jawatan di perpustakaan,program sains perpustakaan,definisi pemuliharaan,kaedah pemuliharaan dan sebagainya.

Diharap para peserta kursus kepimpinan ini akan lebih berketrampilan,berani dan dapat menggunakan maklumat yang diberi dengan baik.

Ceramah daripada En.Mohd Zailan Endin

1 comment:

pgws pss said...

best kursus tuu..thn dpn wat lagi taw!!